Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini, Alhamdulillah Apis masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk menulis blog. Apis nak berkongsi sedikit resepi simple. Dah lama rasanya tak berkongsi resepi untuk pembaca blog Apis ini. So, ini special untuk korang simple dan mudah sahaja resipi Popia Nestum. Follow step by step and you will get an awesome result!. Let's try it!.
MY KITCHEN : Resepi Popia Nestum Beserta Gambar Tutorial!
Bahan-bahan:
• 1 bungkus kulit popia (50 helai).
• 1 pek kecil Nestum Original
• 250g gula pasir
• Air masak untuk melekatkan kulit popia
• Minyak untuk menggoreng
• Lidi satay untuk mengulung.
Cara Penyediaan:
- Kulit popia digunting menjadi empat segi kecil. Sekeping kulit popia besar dipotong empat segi kecil menjadi 9 keping segi empat kecil.
- Kemudian digulung dengan lidi satay.
- Kemudian goreng dengan minyak sehingga berwarna kekuningan.
- Angkat dan toskan sebentar.
- Blender nestum dengan gula.
- Kemudian gaulkan kulit popia yang telah digoreng tadi dengan nestum yang telah diblender.
- Maka siaplah kuih popia Nestum.

Selamat Mencuba!