Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Surat Terima Lantikan Dan Surat Penempatan Penolong Pegawai Perubatan U29!

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah bulan March 2014 telah mengakhiri penantian Apis secara rasmi menunggu panggilan penempatan untuk jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29. Setelah hampir 2 bulan Apis menghabiskan pengajian sebagai pelatih Penolong Pegawai Perubatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKBSAS) di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tiba masanya pada 24.3.2014 untuk melaporkan diri. InsyaAllah Apis bakal berkhidmat dalam bidang kesihatan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. Cehhh.. ayat ala-ala perjuang kemerdekaan negara hehehe.





Apis nak bagi tahu korang semua Apis sudah pun menerima surat setuju terima lantikan sebagai seorang Pen. Pegawai Perubatan atau Medical Assitant beserta surat penempatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Wah, excited pun ada nervous tahap raja bomoh pun ada hehe. Batch Apis ni antara paling lambat dapat panggilan sampaikan naik gila bila fikirkan tentang panggilan lapor diri ini. Tapi Alhamdulillah pada hari Selasa lepas senarai penempatan telah keluar. Syukur kepada-Mu ya Allah!.





Apis paling excited bila dapat tahu ditempatkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Yelah dekat sahaja dengan rumah Apis dalam 15-30 minit. Even orang selalu cakap tak adventure la dapat dekat dengan rumah or whatever Apis tetap excited. Tak payah nak sewa rumah ke apa. Parents Apis pun seronok dapat tahu pasal penempatan ni. Parents Apislah yang banyak susah payah masa Apis tengah belajar sebagai pelatih dulu. Allah sahaja yang tahu bertapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa Apis. InsyaAllah Apis akan balas jasa kedua ibu bapa Apis. Apis nak hantar parents pergi menunaikan haji dengan gaji Apis nanti. InsyaAllah.




Paling paling paling risau ialah Apis kena mintak berhenti kerja notis 7 hari. Disebabkan Apis bekerja masa cuti hari tu, jadi agak sukar bila tarikh lapor diri keluar mengejut macam ni. Tapi InsyaAllah Manager In Charge tu tak burn-kan gaji Apis kalau tak rugi lah. Kalau dia nak burnkan pun tak apa sebab tak cukup 7 hari lebih tu Apis absent. Halalkan jelah kan. Mungkin ada hikmah-Nya.InsyaAllah.




Oklah sampai sini je dulu Apis story morry pasal penempatan Apis. Banyak preparation Apis kena buat ni dokumen-dokumen banyak kena settlekan. Next time Apis update lagi yo waghih!.




   




Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Trending Articles