Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Formula Dan Cara Pengiraan Dos Syrup Paracetamol (PCM) Untuk Kanak-Kanak!

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Disebabkan Apis antara salah seorang staff medical rasanya pelik kalau tak kongsikan sebarang info-info yang sangat berguna dalam blog DEAR HAFFIZ ini. Apis bukanlah pandai sangat tapi nak berkongsi beberapa perkara simple yang boleh ibu bapa terutamanya beri perhatian terhadap anak mereka. Ingat nyawa anak-anak terlalu berharga nilainya. Ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang selalu menghidapi demam dan selalu juga mengambil ubatan Syrup Paracetamol (PCM) atau lebih dikenali 'Sirap Panadol'ini. Eloklah mengambil input-input dalam post Apis kali ini yer.


Cara Pengiraan Dos Syrup Paracetamol (PCM) Untuk Kanak-Kanak



Cara pengiraan ini boleh digunakan bagi keadaan macam korang susah nak pergi klinik/hospital atau anak demam tengah malam. Formula untuk mengira dos Syrup Paracetamol untuk kanak-kanak sangat mudah sebenarnya. 


Langkah 1 : Kira berat badan anak korang menggunakan formula di bawah (Bagi yang tak tahu berat badan anak yang terkini sahaja)


Quick Weight Calculation :

Berat Badan (kg) = 2 ( Umur dalam tahun + 4 )


                      Contoh : 
2 ( 7 + 4 ) = 22 kg      *Umur anak Apis - 7 Tahun


Ruj : Advanced Peadiatrics Life Support (APLS)




Langkah 2 :  Perlu tahu berapa dos Syrup PCM untuk kanak-kanak.


Dose Syrup PCM untuk kanak - kanak : 15mg/kg (15 miligram untuk setiap 1 kilogram)



Langkah 3 : Perlu tahu berapa dos Syrup PCM yang korang ada (Lihat pada botol Syrup PCM)


Dos Syrup PCM ada dua iaitu 120 mg atau 250 mg tetapi kebanyakkan digunakan adalah 120 mg sahaja. Sila pastikan betul-betul yer!.

Dos Syrup PCM pada botol ini adalah 120 mg. Jadi, guna 120 mg dalam formula.



Langkah 4 : Gunakan kesemua maklumat di Langkah 1, Langkah 2 dan Langkah 3 ke dalam FORMULA pengiraan dos Syrup Paracetamol di bawah.


Formula Pengiraan Dos Syrup PCM Pediatrics :  

15mg x ( Berat Badan )kg   x   5 ml    =   _____ ml
120mg atau 250mg                                
(Dos PCM pada botol)                               


Contoh : 

                         * Berat badan anak Apis = 22 kg    *Dose pada botol 120mg


15 x 22   x   5    =  13.75 ml
120                               


Jadi, jumlah dos Syrup PCM untuk anak Apis adalah 13.75 ml. Macam mana nak ukur 13.75 ml ini?. Pada penutup setiap botol Syrup PCM boleh dijadikan cawan kecil yang ada penanda aras dalam 'ml'. Tuang ikut sehingga ke paras dos yang diperlukan. Jangan terlebih pula nanti akan 'overdose' pulak!.






Langkah 5 : Dapatkan rawatan selanjutnya di klinik atau hospital dengan segera!.


Walaupun korang telah bertindak sangat bijak tetapi jangan lupa untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dan berjumpa dengan doktor. Hal ini bagi mengesan kesan sampingan ubat sekiranya ada. Selain mengetahui sekiranya ada penyakit lain yang mungkin di alami anak kesayangan korang. Sebagai ibu bapa yang prihatin bertindak rasionallah tentang kesihatan anak korang.



Semua info dan formula di rujuk dengan Advanced Pediatrics Life Support (APLS). Sekiranya terdapat keraguan sila dapatkan khidmat pakar terlebih dahulu. Adiossss!!!!



   



                               

Viewing all articles
Browse latest Browse all 98