Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

FOOD REVIEW : Merealisasikan Impian Merasai Burger Bytes Di Senawang!

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Haaaaa.. korang nak tau tak Apis sebenarnya kuat makan. Syukurlah lately berat badan Apis maintanin jer. Kalau tidak asyik membesar je perut ni walaupun dah diet. Ok, this post Apis wanna share you some review about Burger Bytes. Burger Bytes sebenarnya dah bertapak lama dalam Malaysia ini cuma kurang publisiti atau Apis je yang tak tau hehe. Apis dapat info pasal Burger Bytes ni daripada kawan sekerja Apis. Kami plan nak pergi sama-sama tapi nasib tak menyebelahi kami jadi Apis memutuskan untuk pergi bersama family. Burger Bytes sebenarnya di usahakan oleh selebriti pujaan Malaya Zizan Razak!.





Disebabkan Apis tak berapa tahu dekat mana Burger Bytes Senawang ini terletak. Apis tetap gagahkan diri untuk mengikut peta lakaran yang disediakan di laman web http://www.burgerbyte.my/ . Korang tahu tak laman web Burger Bytes ini menyediakan kesemua lakaran peta cawangan bagi memudahkan penggemar burger untuk bersinggah ke restoran mereka. Wow suatu inisiatif yang terbaikkkkkk!.



Peta lokasi Burger Bytes di Senawang



First time Apis sampai masa tu kira-kira 10 malam and you know what? Full house!!!. Wuarghhh! rasa macam larikk balik jer tapi disebabkan kempunan Apis gagahkan diri mencari table yang kosong. Alhamdulillah dengan service Burger Bytes yang terbaik kami tak perlu menunggu lama hehe. Pertama sekali masa korang sampai di Burger Bytes restoran jangan lupa cop meja dan ingat nombor meja. Kemudian  pergi order sendiri dekat kaunter macam MacD dan KFC. Kalau korang duduk lama-lama dekat meja tu tak ada siapa nak layan ok.






Masa tengok menu Burger Bytes, walaweyhh! Apa yang nak order Apis pun tak tau. Rambang mata!. Burger Bytes sebenarnya bukan sahaja ada burger tetapi terdapat juga patty, nanchos, stik, chicken chop, lamb chop dan sebagainya. Harganya pun boleh tahan hehe. Disebabkan terlalu rambang mata, Apis decide untuk memilih menu yang tak pernah Apis dengar dan rasa. Jadi Apis memilih Patty Chicken Sizzling dan tambahan Grill Chicken Chop! Haishhh tak sabar rasanya!. Nak usha menu Burger Bytes [klik sini]



Burger Bytes Grill Chicken Chop RM 15.00 sahaja. Sedap kan! 

Sila abaikan gambar kakak saya di atas hehe

Burger Bytes Patty Chicken Sizzling RM 18.00 sahaja. Aumm!

Hot Nescafe with Grape juice at Burger Bytes


Bagi Apis lah ye, Patty Chicken Sizzling ini memang sedap dan superb sebab ianya di tampilkan dengan hidangan lengkap. Kepingan patty yang agak tebal dan lembut ditambah pula dengan black papper sauce yang tersendiri. Apis rasa resipi untuk black pepper sauce tu rasa lain sangat dari apa yang pernah Apis rasa sebelum ini. Sangat sedap! Lagi satu chicken chop, dagingnya mempunyai potongan yang lebih classic seolah-olah mempunyai teknik potongan unik. Kalau tengok betul-betul dari sisi tepi daging chicken chop tu memang kita tau ianya di bakar dengan sempurna. Yang sangat best bagi penggemar veggie. Kesemua hidangan di hidangkan dengan fresh veggie. Masih terasa kesegaran dan kerangupan veggie mereka. Sangat awesome untuk kedua-dua hidangan ini. 



Burlpppp! Selesai sudah sesi taaruf bersama Burger Bytes hehehe






Kepada korang semua yang ingin mencuba Burger Bytes boleh melayari Facebook Burger Bytes [click here] untuk mendapatkan promosi, update dan lokasi terkini mereka. Rugi kalau tak cuba Apis siap take away lagi tau!. Nampak tak permainan nafsu yang bergelora di situ hehehe. Apa pun untuk penggila burger sekalian alam selamat memburu restoran Burger Bytes yer! hehe.




   





Viewing all articles
Browse latest Browse all 98