Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Hari Bersama Pelanggan Jabatan Kecemasan Dan Trauma HTJS

$
0
0
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari tu Apis ada join jabatan tempat Apis bekerja buat program hari bertemu pelanggan Jabatan Kecemasan dan Trauma HTJS. Hari bertemu pelanggan diadakan bagi merapatkan lagi hubungan antara staff jabatan dan para pelanggan kami iaitu pesakit dan orang awam. Selain, memberi pendidikan dan info kesihatan yang berguna kepada orang awam. Apis secara tak langsung terlibat dengan persembahan demo CPR (Cardio Pulmonary Resuscitation) pada hari tersebut.


Sekitar kawasan ari Bersama Pelanggan HTJ



Macam-macam aktiviti ada kami sajikan untuk orang awam. Antaranya, teka berat manikin CPR, tutor untuk ajar korang CPR dan jawab soalan. Kalau menang dapat hadiah tau!. Program yang berlangsung selama beberapa jam tu sungguh seronok walaupun penat. Almaklumlah bulan puasa ni. hehehehe


Demo CPR kepada orang awam

Pakcik ni pun nak belajar CPR tau!

Ini lakonan semata-mata huhuhuh


Ramai jugak hari tu Apis ajar orang CPR sampai kering mulut ni bercakap tak behenti-henti. CPR sangat penting untuk pengetahuan diri sendiri dan masyarakat. Sesetengah orang mengambil ringan perkara ini. Yelah Malaysia kan ada banyak hospital. Apa susah kan? . Tapi masyarakat Malaysia ni selalu complain ambulance lambat bila berlaku kematian kami dipersalahkan sedangkan dengan CPR masyarakat sendiri boleh menyelamatkan mangsa lebih awal. Jadi dengan belajar beberapa langkah mudah CPR korang akan tahu cara yang betul nak selamatkan pesakit bila berlaku kecemasan.




Saje selfie tengah-tengah orang awan. huhuhu. Selamat berpuasa semua!




   



Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Trending Articles