Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Minggu lalu selepas filem Oculus ditayangkan di Malaysia Apis tidak ketinggalan turut sama menonton filem ini. Apis menonton filem ini di TGV Cinema Jusco Seremban 2 dengan harga RM 14.00 sahaja. Oculus ini merupakan filem seram berkonsepkan paranomal aktiviti yang difilemkan. Mempunyai satu jalan cerita yang menarik tetapi sedikit mengelirukan. Berbaloi atau tak untuk korang tonton filem Oculus ini ?. Jom baca secara ringkas review Apis mengenai filem ini.
![]() |
Oculus |
SIPNOSIS
Oculus mengisahkan dua adik beradik Tim dan Kaylie yang berjanji ingin membunuh makhluk supernatural yang berada dalam cermin antik milik keluarga mereka. Kaylie yakin dan percaya kehadiran makhluk itu yang menyebabkan ibunya di bunuh oleh ayah mereka sendiri semasa kecil. Gangguan makhluk supernatural itu juga yang menyebabkan Tim terpaksa membunuh ayahnya untuk menyelamatkan Kaylie. Selepas beberapa tahun Tim dan Kaylie ingin membuktikan bahawa makhluk itu benar-benar wujud dan ingin menghapuskannya seperti mereka janjikan sewaktu kecil. Mereka melakukan persiapan seperti paranomal aktiviti bagi mengesan makhluk supernatural yang menagkibatkan penderitaan mereka sekeluarga. Akhirnya.... (pergi tengok sendiri)
![]() |
Oculus Review Film |
REVIEW
1. Perjalanan cerita ini sangat mengelirukan dan agak lambat disebabkan imbasan masa silam mereka di gabungkan dengan masa sekarang secara berselang-seli. Fokus korang amat diperlukan semasa menonton filem ini. Jangan tidur macam kawan Apis.
2. Unsur suspens yang agak minima diterapkan sepanjang perjalanan cerita. Kemunculan makhluk halus juga boleh dikira beberapa kali sahaja dan tidak jelas.
3. Apis kurang pasti sama ada filem ini ingin mengisahkan wujudnya makhluk supernatural yang merasuk mereka atau keluarga itu sendiri ada masalah penyakit psiakitrik. Bila dilihat dari sudut yang berlainan keadaan ibu bapa Tim dan Kaylie sebenarnya bukan berpunca daripada gangguan hantu tetapi tekanan / stress.
![]() |
Paranomal Activity in Oculus |
4. Disebabkan ini adalah PARANOMAL ACTIVITY yang difilemkan ianya agak bosan dipenuhi dengan pelbagai fakta dan teknologi.
5. Apa yang mengkagumkan adalah jalan cerita yang unik membuatkan penonton terpaksa berfikir apa yang sebenarnya di maksudkan disebalik filem ini. Apis rasa ini sahaja yang boleh dibanggakan dengan Oculuc.
6. Cinematografi terlalu biasa sama seperti filem-filem bergenre seram yang lain. Tiada keistimewaan.
7. Dari 5 bintang Apis ratekan hanya 2 bintang sahaja. Bagi Apis tidak berbaloi menonton Oculus dengan harga RM 14.00. Tunggu keluar TV jerlah tahun depan hehe.
Selamat menonton!