Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Sudah lama Apis tak update blog, maklumlah orang baru bekerja sebagai penjawat awam ni sibuk mengalahkan perdana menteri hehe. Alhamdulillah hari ini 4.5.2014 Apis masih lagi bernyawa dan dikurniakan badan yang sihat. Sebelum mula shift malam hari ini Apis nak ambil kesempatan menulis sedikit entri untuk dikongsikan untuk korang semua. Apis nak share satu doa yang boleh korang amalkan dalam kehidupan seharian. Mudah dan simple sahaja.
Doa Elak Menjadi Malas Dan Selesaikan Hutang!
Bagi Apis yang dah bekerja tu bila penat mulalah timbul perasaan malas. Kalau ikutkan hati kita ni kalau boleh mesti dah tidur tergolek dekat rumah 24 jam je kan. Tapi sebagai manusia yang mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan kita tak boleh mempunyai sifat malas ini. Jadi korang selalu-selalulah amalkan doa ini. Nanti bila malas banyak hutang pula. Jadi doa ni Apis bagi pakej untuk korang amalkan setiap hari. Ingat Allah suka hamba-hamba-Nya sentiasa meminta pertolongan kepada-Nya. Untuk amalkan doa ni korang scroll dekat bawah ni dan copy paste dalam lappy/pc korang ye.
Oklah, Apis nak siap-siap untuk pergi kerja nanti lambatlah pulak. Renung-renungkan dan selamat beramal, Caucincau!