Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini Apis nak share sikit beberapa tips sahaja. Apis belum bersedia lagi nak berkongsi cerita mengenai pengalaman baru bekerja disebabkan Apis goverment servant jadi memerlukan beberapa penapisan cerita sebelum di publish untuk bacaan umum. Cewahhh! huhu. Baiklah, tips yang seterusnya Apis nak share adalah Tips Mengecas Bateri Telefon Pintar Anda Dengan Mudah Dan Cepat!.
Dunia modern zaman sekarang ni walaupun telefon canggih macam mana pun keutamaannya mestilah jangka hayat bateri. Telefon je canggih tapi cepat makan bateri kan kan. Jadi Apis ada beberapa tips untuk korang semua praktikkan bila kehabisan bateri. Nanti tak payah pening-pening lagi. Tarrraaaaa!!!!!
Tips Mengecas Bateri Telefon Pintar Anda Dengan Mudah Dan Cepat!
1. Mengecas Telefon Pintar Pada Sumber Elektrik Utama!
Kebanyakkan orang zaman sekarang ini ada banyak cara untuk mengecas telefon pintar termasuklah sambungan USB di laptop dan menggunakan power bank. Ok, untuk mengecas bateri telefon korang dengan cepat gunalah elektrik dari sumber utama seperti charger telefon pintar yang asal.
2. Menggunakan Charger Yang Mempunyai 'amps' Yang Tinggi.

'amps' adalah jumlah tenaga yang disalurkan di dalam charger korang. Semakin tinggi 'amps' yang di salurkan oleh charger, semakin cepatlah telefon pintar korang di cas. Oleh itu, korang pergilah cari charger yang mempunyai saliran tenaga elektrik yang lebih tinggi!.
3. Tukarkan Mode Telefon Pintar Kepada Airplane Moden Atau Matikannya!

Sebaik-baik cara untuk mengecas telefon korang dengan cepat adalah mengurangkan peratusan penggunaan elektrik semasa mengecas. Dengan menggunakan mode 'Airplane Mode' jumlah tenaga digunakan telefon korang adalah sedikit berbanding mode 'Standby'. Untuk lebih lebih cepat pengecasan, matikan sementara telefon pintar korang. Mudahkan?
4. Gunakan Pengecas Dual USB.
Korang tahu atau tidak yang wujudnya pengecas dual USB iaitu kabel mikro USB ini membolehkan korang menggunakan tenaga dari 2 port USB dengan serentak. Kabel ini mengecas telefon pintar atau peranti lain pada kadar 2 kali lebih pantas. Hebatkan??!
5. Menggunakan Port USB Mac Untuk IPhone Dan IPad

Sekirannya korang tidak mempunyai mana-mana sumber elektrik seperti yang disebutkan. Korang boleh mengggunakan Port USB Mac pada laptop Apple Mac. Model Mac yang baru mampu memberikan pengecasan elektrik yang lebih tinggi berbanding biasa iaitu 1.1 amps.
Ada 5 tips mudah Apis dah bagi. Sebenarnya ada banyak tapi Apis pilih yang senang dan logik jelah korang nak buat time-time desprate nak charger telefon. Ok, selamat memcuba! Adiossss!