Quantcast
Channel: DEAR HAFFIZ!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

MOVIE REVIEW : Edge Of Tomorrow Menjawab Sejuta Persoalan Dengan Satu Jawapan!

$
0
0
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Wah, rajin pula Apis update blog bulan ini. Sepatutnya dah nak dekat viva ni semakin tak ada masa nak update blog tapi terbalik pula. Oklah Apis tak mau stress-stress, mau happy sahaja. Last weekend Apis ada pergi tengok wayang nak tau movie apa pilihan Apis? Haaaa.. filem Edge Of Tomorrow!. Actually, Apis agak lambat juga untuk review movie ini disebabkan tak ada masa nak hangout pergi panggung. Tapi tak apa buat korang yang tak menonton lagi let's check it out this movie review!.


Mahal kot tiket wayang Edge Of Tomorrow! huhu




Genre : Sains Fiksyen

Karya Asal : Novel Jepun  'All You Need Is Kill'

Pelakon Utama : Tom Cruise , Emily Blunt







Kalau korang baca sipnosis filem ini mesti agak susah nak faham sebab filem ini bergenre sains fiksyen. Banyak istilah sains yang direka dan digunakan dalam filem ini. Ok Apis akan bagi sedikit bayangan mengenai perjalanan filem Edge Of Tomorrow. Filem ini mengisahkan keadaan dimana seluruh bumi sedang ditawan oleh alliens yang dikenali sebagai'mimics'. Setelah hampir 5 tahun manusia cuba menentang makhluk ini akhirnya teknologi jaket perang yang canggih mampu mengalahkan 'mimics' ini. Cage (Tom Cruise) merupakan seorang pegawai jurucakap kerajaan tetapi telah dipaksa ke kawasan peperangan untuk menentang 'mimics'. Persoalannya sekarang Cage bukanlah askar terlatih. Di sini bermulanya kisah Cage pada hari pertama turun menentang'mimics'dia telah terkena cecair badan allien itu sehingga mempunyai kuasa memutar semula hari setiap kali berlaku kematian. Setiap kali Cage di bunuh, hari itu akan berulang semula sehingga dia dapat membunuh kesemua'mimics' . Macam mana Cage nak membunuh kesemua 'mimics'seorang diri???. Itu korang kena tengok sendiri. huhu







 Apis rasa jalan cerita filem sangat baru dan idea yang sangat memberansangkan. Banyak menimbulkan persoalan kepada penonton pada awalnya dan sedikit demi sedikit persoalan terjawab pada penghujung cerita. Apa persoalannya dan apa jawapannya?? Korang pergi tengok sendiri.





Teknologi yang digunakan dalam filem ini macam jaket perang, kapal perang dan alliens bagi Apis amat biasa dalam kebanyakkan filem sains fiksyen sebelum ini. Tak banyak instrumen 'rare'yang digunakan. Banyak bergantung kepada pelakon dan jalan cerita. Selain itu, filem ini ada banyak unsur repeatitive disebabkan kuasa baru dimilikki Cage. Jadi, korang jangan confuse dan cepat bosan. Sebenarnya ianya sangat menarik bila korang perhatikan betul-betul apa yang cuba ditonjolkan.






Lain-lain seperti audio dan cinematografi Apis rasa ok sahaja. Bagi Apis filem Edge Of Tomorrow jadi menarik disebabkan kuasa luarbiasa Cage yang dapat setkan semula hari setiap kali dia mati. Stratergi Cage yang teliti, sangat rumit dan mengagumkan kita sebagai manusia biasa ni menghidupkan lagi jalan cerita. huhuhu. Untuk filem Edge Of Tomorrow Apis bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Bermakna memuaskan sahaja untuk ditonton di pawagam.



   




Viewing all articles
Browse latest Browse all 98

Trending Articles